Translate

3 hari 2 Malam di Kuala Lumpur

Hari Pertama

Tiba di Kuala Lumpur, sama ada  dari stesen bas, dan stesen keretapi, anda boleh terus ke stesen komuter untuk menaiki tren ke hotel penginapan.Jika dari lapangan terbang KLIA atau Subang Skypark, selepas pemeriksaan kastam anda boleh terus ke stesen ERL untuk menaiki train atau teksi di airport  ke hotel penginapan anda. Dari hotel, persiaran awal boleh dimulakan pada waktu petang atau malam mengikut kesesuaian masa anda tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki PUTRA LRTmelawat ke bangunan pencakar langit di KLCC Kuala Lumpur city Centre. Sesuai bergambar kenangan dan meninjau pusat membeli-belah Suria KLCC di dalamnya. Malam jam 10.30pm, pulang ke hotel menaiki PUTRA LRT dan Tren Komuter.


Hari Kedua

Hari ini, mula menaiki STAR LRT untuk ke Stesen Masjid Jamek dan terus boleh Melawat ke Masjid Negara melalui  pandangan luas dan indah di Dataran Merdeka yang dilatarkan bersama Bangunan Sultan Abdul Samad,  Dari Masjid Negara juga , di sekelilingnya terdapat tempat menarik seperti Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis, mengenal alam sains angkasa di Planetarium Negara, melawat memorial Tun Abdul Razak, singgah pula di Taman Burung yang merupakan terbesar di Asia Tenggara, dan boleh beriadah di Taman Tasik Perdana. Tidak jauh juga untuk melawat Tugu Peringatan Negara untuk bergambar kenangan. Terus berjalan ke tempat barangan berharga murah dan berpatutan untuk membeli-belah di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Jalan TAR ). Berhampirannya juga boleh melawat ke Pasar Seni atau Central Market yang banyak cenderamata dan hasil kraf tangan. Tidak jauh untuk singgah di China town, Petaling Street. Jam 10.30pm, pulang ke hotel menaiki PUTRA LRT dan Tren Komuter.
 
 
Hari Ketiga

Aturcara di hari terakhir adalah check-out dari hotel, ke Putrajaya - aktiviti bebas untuk bersiar-siar, bergambar, bersantai, dan membeli-belah di Alamanda Shopping Centre sebelum anda terus ke stesen bas atau ke airport untuk pulang dari bercuti.

No comments:

Post a Comment